kadang2 kita sebagai manusia lupa akan tanggungjawab kita iaitu sebagai hamba yang patut taat dan patuh pada perintah Allah. dan ada masa2 tertentu yang biasanya barulah kita baru ingat nak cari Allah. niat di sini bukanlah hendak menegur sesiapa, tetapi sekadar peringatan untuk diri sendiri dan perkongsian pada rakan2. :)
selalu kita diingatkan kalau berada dalam kesusahan, orang akan cakap :
banyak2 la bersabar, bawak mengucap, selawat banyak2 etc..
memang benar, tidak salah untuk kita cakap macam tu kepada orang yang ditimpa kesusahan atau musibah, tetapi kita ini selalu lupa, kerana atas dasar kelemahan kita sendiri yang pada masa senang jugak kita kena ingat pada Allah. ingat pada Allah kerana Allah itu sentiasa ada bersama kita. Allah itu bukan hanya ada time2 kita susah or memerlukan Dia. actually kita yang memerlukan Allah, tetapi kita ini hamba yang naif, kita lupa yang kita ini milik Allah.
kita selalu 'menyimpan' Allah pada masa2 yang tertentu sahaja. bila nak exam, time2 sakit, time2 ditimpa musibah, dan macam2 lagi time2 kita ini susah. tapi bila kita dah senang lenang, nikmat bertimbun Allah bagi as reward kepada kita menghadapi ujian2 Allah tadi, kita cepat lalai. nauzubillah moga saya dijauhkan dari pekara sedemikian.
saya ambil contoh kisah nabi Ibrahim a.s semasa nabi mencari siapakah dia tuhan yang memerintah sekelian alam ini. dilihatnya pada langit, matahari yang terik bersinar, disangkanya tuhan tetapi bila malam menjelma, matahari@tuhan tadi hilang ditelan malam. bulan yang bersinar di tengah malam pun hilang selepas subuh, maka tidaklah ia bercirikan tuhan kerana sekejap ada, sekejap tak ada (macam chipsmore). bintang2 pulak bertebaran di langit malam, tapi jugak hilang lepas subuh. maka akhirnya Allah memberi petunjuk kepada nabi Ibrahim, bahawa Dialah tuhan yang memerintah seluruh takluk langit dan bumi.
dari situ kita dapat apply sedikit dan sebanyak dalam kehidupan kita seharian, yang Allah itu sebenarnya sentiasa ada bersama kita. bila2 masa, baik susah atau senang. apabila kita berada dalam keadaan senang, janganlah kita lupa untuk mensyukuri nikmat Allah itu. takkan nak ucap subhanallah pun kedekut kot. dan apabila kita ditimpa sebarang kesusahan, kembalilah kepada Allah, kerana Dialah sebaik2 tempat untuk kita mengadu, kerana Allah lah jua tempat kita akan kembali satu hari nanti. berdoa pada Allah, moga ditetapkan iman, walau time kita tengah naik bas sekalipun. tidak semestinya kita perlu duduk atas sejadah baru nak berdoa (tetapi itu adalah yang sebaiknya dan lebih afdal - refer adab berdoa). niatkan, or detikkan saja dalam hati,
'ya Allah, aku memohon sekian sekian kepadamu'
itupun dikira sebagai doa, kerana pada hakikatnya, Allah itu maha mendengar. segala isi hati kita Allah memang dah tau. maka percaya dan yakin lah Allah itu maha mendengar, berharaplah dengan penuh tawajjuh kepada Allah dan insyaAllah akan termakbul doa itu. :)
sedikit perkongsian dari saya yang daif dan papa kedana dalam ilmu2 ini. :)
3 comments:
terbaik asri! terima kasih atas perkongsian =)
Salam,
contohnya, Allah menakdirkan saya ketemukan artikel ini pada waktu yang sewajarnya. Maka, alhamdulillah, memang benar, Allah itu ada di mana-mana sahaja.
Mak pun selalu marah karakter dalam cerekarama yang hanya berdoa tatkala ditimpa kesusahan. Setuju dengan bab "diri sendiri yang suka menasihati tetapi diri sendiri sering lupa untuk menasihati diri"
=S
awe : ure welcomed awe. :D malam2 dh blur tu muhasabah diri kejap. hehe. harap2 isiqamah dalam segala usaha2 kte.
izza : tu la. kdg2 kite ni naik turun jek. lemah sbb mudah terkesan dengan suasana. :( bila surrounding kita org baik2, alhamdulillah sedikit sebanyak memang akan terkesan tapi kalau surrounding kita org2 yg kurang baik pun kdg2 kita terkesan sekali. huhu. semoga boleh improve lagi..
Post a Comment